Friday, May 29, 2009

Nota: Pengumpulan Data (Pn. Sakinah)

PENGUMPULAN DATA
1. Pelbagai teknik pengumpulan data
2. Namun, tidak semua teknik pengumpulan data menjanjikan kualiti yang baik
3. Kajian tindakan perlu dilakukan dengan sempurna

3 SEBAB PERLU CAPAI KUALITI TINGGI
1. ikhlas, Tanggungjawab kepada pelajar
2. Meningkatkan kecekapan dalam pengajaran
3. Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
4. Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat (menambah ilmu pengetahuan) dengan melakukan penyalidikan kajian tindakan

KRITERIA KUALITI
1. 2 jenis kriteria iaitu kesahan dan kebolehpercayaan

KESAHAN
merujuk kepada kebenaran data

KEBOLEHPERCAYAAN
merujuk kepada ketepatan data

Masalah kebolehpercayaan berlaku apabila kita mengambil daripada sampel yang terlalu kecil.
Untuk penambahbaikan data, kita perlu selalu tanya:

1. Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?

MENGUMPUL DATA
Apakah jenis data yang perlu kita kumpulkan?
Bagaimana kita nak pastikan ada pelbagai perspektif (sumber)?
researcher perlu buat trangulasi (keseimbangan) supaya kita dapat buat kesimpulan yang baik

ALAT PENGUMPULAN DATA
1. Pemerhatian (videotape)/ senarai semak
2. Nota guru dan komen
3. Interview (sesuai untuk research minat) guna MP3 player.
4. Fokus hanya yang penting dalam kajian tersebut

Untuk jadikan data tersebut kuat, kita perlu ada:
1. Kualitatif: data dalam bentuk text, visual,
2. Kuantitatif: ujian (bergantung kepada masalah kajian)

- perlu ada bukti yang kuat. kita perlu perhatikan apa pengumpulan data yang sesuai dari awal dan secara berterusan.

TUGASAN
1. Kemaskini proposal yang telah dibuat sebelum ini khususnya di bahagian pengumpulan data.
2. Pelajar akan dipanggil minggu depan secara rawak untuk lihat perkembangan.

Sunday, May 24, 2009

Nota: Proposal Kajian Tindakan (Hjh Halimah Harun)

Ativiti 1: Menulis berkenaan biodata diri
Siapakah guru idola kamu? kenapa memilihnya sebagai idola?
Siapakah guru yang dibenci? kenapa?
Diskrip tentang kerjaya seorang guru.
Lukiskan sepohon pokok dan tuliskan birth date disebelahnya.

-perkara pertama yang perlu kamu lakukan apabila sampai di sekolah ialah "kenali pelajar".
-kerja guru ialah berkongsi ilmu dengan pelajar. "EDUCATION IS SHARING PROFESION".

Aktiviti 2: Setiap orang mencari patner masing-masing. Tugasan: ceritakan tentang kajian tindakan semasa di Seminar Serantau. kenapa? apa? bagaimana? prosuder kajian?
-Ahli kumpulan: Siti Halimah Hasim & Zahwati Seman

Tajuk: Kajian Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Di Sekolah Menengah Agama DI Indonesia.

kajian ini untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap pengajaran guru pendidikan ilam berasaskan konsep 5 mim (mudarris, muallim, muaddib, mursyid, dan murabbi).

hasil daripada kajian, komponen muaddib merupakan yang paling dominan (4.00), dan komponen mudarris adalah yang paling rendah (3.81).

kajian ini dijalankan di beberapa sekolah menengah agama di provonsi Indonesia dengan menggunakan soal selidik.
kajian ini merupakan kajian tinjauan dan bukannya kajian tindakan


PATTERN KAJIAN
Secara ringkasnya reka bentuk kajian adalah seperti berikut:

1. kajian biografi:
2. kajian historikal: mengkaji tentang sejarah, contohnya bandar bersejarah di Melaka.
3. kajian eksperimental
4. kajian tinjauan

Tugasan: Siapkan proposal kajian tindakan (kerja berkumpulan dari latar belakang yang berbeza). Hantar pada hari khamis 28/5/2009

TAJUK: Meningkatkan Minat Pelajar DalamPembelajaran Kesusasteraan Melayu Berdasarkan Pertandingan Puisi Melalui Aktiviti Mencari Harta Karun.
Ahli kumpulan: Noor Asmah Buang, Hazwin Dalila Haris, Zahwati Seman, Mohd Hafiz Hasan

Tugasan 2: Artikel Journal

Tugasan:Dapatkan 3 artikel jurnal (luar negara) berkenaan kajian tindakan dalam pendidikan

Lakukan :
1)Perbandingan (persamaan & perbezaan)
2)Penganalisisan, penilaian
3)Rumusan & sintesis

Dari segi :
1)sampel
2)seting
3)prosedur kajian tindakan
4)pengumpulan & penganalisisan data

TAJUK JURNAL:

JURNAL 1: Collaboration Between Teacher Educator and Kindergarten Teacher (a 4 year action research study to improve our own profesional practise).

Writer: by Janet Pickard Kremenitzer; Thomas Myler Childhood Education; Spring 2006; 82, 3

sampel: students

seting:
1. University of Hartford
2. Newington Public School, Newington, Connctiut.

prosuder kajian:
1. identifying the research questions
2. gathering the necessary information
3. anlyzing and interpreting the information
4. delevoping an action plan

pengumpulan & peganalisan data:
1. journal and e-mail notation
2.digital photo/videotapes
3.feedback from students and other sources (collegues and audiences)
4.they respective supervisor

JURNAL 2: A Participatory Action Research Study on Handwritten Annotation Feedback and Its Impact on Staff and Students,
writer: by Elaine. Ball, School of Nursing, University of Salford, Frederick Road, Salford, Greater Manchester, UK.

sampel: staff


seting: School of Nursing of Salford, Frederick Road, Salford, Greater Manchester, UK.

prosuder kajian:
1. Reflection and analysis of current practice
2. A review a current literature
3. Analysis of a random sampel of scripts (n=40)
4. one to one semi-srtuctured interviews
5. Reflection
6. Plan
7. Proposed action

Pengumpulan & penganalisisan data:
1. keeping field notes
2. Research journal
3. Document collection and anlysis
4. Semi-stuctured interviews

JURNAL 3: An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Arts Activities In a Sixth Grade Social Study in Classroom

Writer: Courtney Kosky; Reagan Curtis
Journal of Social Studies Research; Spring 2008; 32, 1;

sampel: students

seting: Classroom


prosuder kajian:
1.the first the author thought four periods of social studies and implement Arts interagretive lessons and action research with all four class.
2. they used a variety of methods that incorporated Multiple Intellegent Theory (e.g Gardner & Moran 2006)

Pengumpulan maklumat & penganalisisan data:

1.The student teacher spoke daily with students regarding how they felt about the lesson and what change were going in the classroom
2. Reflective teaching journal to record these conversation
3. Result from the multiple intelligence evaluations were used as a guide to create diveres and engaging lesson plans.
4. The students ratings and feedback were incorporated into subsequent lessons.
-Data analysis was an ongoing process throughtout the study.

a) Persamaan & Perbezaan

Dari segi persamaan, journal 1&3, menggunakan student sebagai sampel dalam kajian mereka, manakala journal yang kedua sampel mereka ialah staf.Ketiga-tiga jornal ini mempunyai seting yang hampir sama iaitu didalam kelas/ sekolah/universiti. selain itu juga, bagi prosuder dan pengumpulan serta penganalisisan data, jornal pertama dan kedua menggunakan method yang tidak jauh berbeza. Perbezaan yang dapat saya perhatikan ialah pada journal yang ketiga, dimana mereka mengaplikasikan kaedah "multiple intelegent" dalam pembelajaran sosial untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti di dalam kelas serta kesan dan maklumbalas daripada pelajar terhadap kaedah yang telah digunakan tersebut.

b) Rumusan & sintesis

1. Journal 1:

Menerangkan tentang kajian tindakan yang dilakukan secara kerjasama berkumpulan di antara dua orang guru, iaitu guru sekolah biasa dan guru tadika. Matlamat mereka ialah untuk meningkatkan tahap pengajaran mereka ke arah profesional.

kedua-dua guru ini telah memberi beberapa tajuk yang telah mereka ajar dan menerangkan apa yang telah mereka lakukan untuk menambahbaik pengajaran mereka.
Diantara kata-kata Palker Palmer, ada dua jalan yang perlu kita lalui untuk meningkatkan pengajaran kita:
1. To the inner ground from which good teaching comes and
2. To the community of fellow teachers from whom we can learn more about ourselves and our craft.

2. Journal 2:

journal 2 menkaji tentang penggunaan penulisan nota tambahan dapat meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar dan mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan perlaksanaannya. di dalam kajian ini, peyelidik telah memberikan satu garis panduan tentang penulisan kepada staf, kemudian mereka diberi ujian, dan seterusnya mereka membuat penilaian terhadap perkara-perkara tersebut. Apa yang penting ialah mereka ingin mendapatkan persepsi staf dan pelajar tentang keberkesanan penulisan nota tambahan ini agar ianya dapat diaplikasikan dalam peembelajaran pelajar.

3. Journal 3:

Journal ini menjelaskan tentang bagaimana cara untuk meningkatkan penglibatan pelajar dan memotivasikan mereka melalui pembelajaran sosial. penyelidik telah mengaplikasikan kaedah "multiple intelegent" semasa proses P&P dijalankan. selain itu juga, mereka telah memberi peluang yang luas kepada pelajar untuk membuat apa sahaja aktiviti di dalam kelas mengikut pilihan mereka dan mendorong pelajar untuk melibatkan diri secara langsung sepanjang proses pembelajaran.

Wednesday, May 20, 2009

Tugasan 1: Ulasan Buku




Tajuk: The Art of Action Research in the Classroom
Pengarang: Christine Macintyre
Tahun Terbitan: 2000
Penerbit: David Fulton Publishers
Negeri Penerbit: London



FOKUS KEPADA 5W


1.What

Apakah kajian yang akan dilakukan/diselidik? apakah topik/tajuk kajian tersebut? apakah kajian tersebut berkait dengan satu subjek kurikulum ataupun dari satu aspek sahaja contohnya tentang membaca?

2.How
Bagaimana cara untuk dapatkan data?apakah strategi yang digunakan untuk dapatkan data tersebut?

3.When
Bilakah kajian tersebut akan dilakukan? sekali dalam seminggu atau lebih daripada itu? adakah masa yang sama setiap hari? ( guru perlu memilih masa yang sesuai supaya tidak menganggu masa rehat pelajar dsb).

4.Where?

Dimana kajian akan dijalankan?di kelas?dikawasan yang tenang?didewan atau diluar kawasan sekolah? (guru perlu mengetahui pergerakan pelajar atau penglibatan pelajar dengan organisasi lain).


5.With whom

Adakah kanak-kanak terlibat dalam kajian tersebut? bagaimana cara pemilihan terhadap mereka dibuat? adakah mereka menyertai kajian ini secara sukarela? berapa ramai orang yang terlibat dalam kajian itu?


KONSEP KAJIAN TINDAKAN


kajian tindakan merupakan satu penyiasatan. Penyelidik perlu mengenalpasti masalah kajian tersebut, mendapatkan maklumat yang terkini, menyatakan siapakah yang terlibat (kumpulan sasaran), merancang kajian dan seterusnya membuat kesimpulan/rumusan hasil daripada dapatan kajian tersebut, kemudian merancang penambahbaikan pada masa akan datang.



MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN


Di antara sebab kajian tindakan dilakukan adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah, membuat penambahbaikan dan menghasilkan penemuan-penemuan baru. proses kajian ini boleh dilakukan oleh individu, guru atau pelajar. Namun, proses yang terbaik dalam melakukan kajian ini adalah secara berkumpulan (colaborative).

mengapa guru perlu membuat kajian tindakan?

1. Untuk membantu guru dan pelajar membuat perubahan di dalam bilik darjah secara praktikal, iaitu dengan merancang, melaksanakan dan menilai berdasarkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam kajian tindakan.
2. Melalui kajian tindakan juga, guru dapat mengumpulkan berbagai-bagai strategi sesama mereka dan memilih strategi yang terbaik dan bersesuaian untuk pelajar mereka.
3. Guru terlibat sepenuhnya dalam merancang dan membuat perubahan khusus untuk pelajar mereka dan bukan hanya sekadar mengajar sahaja.
4. membantu guru untuk membuat penambahbaikan dan penilaian terhadap p&p mereka.



REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN



-MODEL




Daripada model tersebut, penyelidik membuat refleksi dan analisis maklumat tentang topik kajian, kajian kepustakaan, senaraikan topik kajian, membuat tentatif kajian tindakan, memproses perancangan (memilih kata kunci tentang kajian, menyenaraikan soalan kajian/hipotesis/merancang tindakan seterusnya), kemudian penyelidik melakukan tindakan, membuat penilaian tentang strategi dan soalan kajian/hepotesis serta penambahbaikan dan akhirnya penyelidik membuat rumusan, pernyataan, penerangan dan penambahbaikan pada masa akan datang.



-SAMPEL/PARTICIPANT

Menurut Murphy & Lick (2005), seluruh fakulti terlibat dalam membuat kajian tindakan. Mereka terdiri daripada guru-guru kelas, guru resource, semua guru dalam semua bidang, pustakawan, kaunselor, dan siapa sahaja yang bertaraf profesional. kebiasaannya, pentadbir akan menubuhkan satu kumpulan untuk membuat kajian di dalam sekolah ataupun di suatu daerah. selain itu, di sesetengah sekolah yang mempunyai pembantu guru, mereka juga perlu turut serta di dalam kumpulan tersebut untuk membuat kajian tindakan.


-SETING KAJIAN

tempat kajian atau institusi perlu dinyatakan, sekiranya kita memilih sesuatu institusi berdasarkan sesuatu kepentingan, nyatakan kenapa. Secara keseluruhannya, tempat kajian yang dilakukan oleh penulis ini ialah sekolah ataupun bilik darjah.


PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN


Pertama: penyelidik perlu membuat refleksi dan memfokuskan kepada masalah (fokus kepada 5w), serta cuba mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut.

contohnya: bagaimana cara saya untuk mempertingkatkan kefahaman pelajar tentang konsep perubahan dalam sains?


kedua: penyelidik membuat perancangan untuk dilaksanakan dengan menyatakan beberapa stategi perancangan. disini akan timbul beberapa persoalan, bagaimana saya ingin dapatkan data? adakah instrument yang saya gunakan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan? penyelidik juga perlu membuat tentatif perancangan.


ketiga: penyelidik perlu menganalisis data yang telah diperolehi dalam bentuk yang mudah difahami oleh pembaca contohnya dengan menggunakan jadual, histogram, carta pai dan lain-lain.


keempat: tindakan penyelidik, contohnya, guru membincangkan topik perubahan. Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan?


kelima: penyelidik perlu mereflek semula tindakan/pengajaran guru tadi, contohnya: eksperimen yang dilakukan oleh guru membosankan. guru hanya membaca buku teks.


keenam: penyelidik perlu membuat penambahbaikan. contohnya: saya sepatutnya meminta pelajar membuat demonstrasi tentang perbezaan perubahan (tentang berat dan ketinggian) pelajar di dalam bilik darjah. atau sepatutnya saya perlu meminta pelajar mengumpul data daripada semua kelas.


ketujuh: penyelidik membuat rumusan/hasil kajian. seandainya tidak ada perubahan terhadap pelajar, guru perlu membuat perancangan penambahbaikan seterusnya dengan membuat cycle 2.


PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN


-INSTRUMEN KAJIAN

Merujuk kepada alat yang hendak digunakan oleh penyelidik samada jenis soal selidik, senarai semak, pengujian atau lain-lain. penyelidik juga perlu menyatakan pembinaan instrumen itu di ubahsuai daripada orang lain atau diambil daripada penyelidik lain.


-TEKNIK PENGUMPULAN DATA

1.Audio dan videotape rakaman
membantu penyelidik untuk merakam situasi yang sebenar iaitu dari segi interaksi, perbualan, atau apa sahaja aspek yang berlaku dalam bilik darjah dan boleh menganalisis data tersebut.

kebaikan
1. Memberi gambaran yang tepat dan boleh digunakan selalu
2. Memberi maklumat yang terperinci berbanding rakaman lain
3. Maklumat tersebut boleh ditranskrip di rumah

kelemahan
1. Merakam suasana yang bising
2. Mengambil masa untuk ditranskrip
3. Video memerlukan seseorang melakukan filem


2.Teknik observation (pemerhatian)
Bertujuan untuk dapat menerangkan perlakuan dan kemahiran dalam sesuatu situasi secara praktikal. guru dapat melihat secara langsung perbuatan yang sedang dilakukan pelajar.

kebaikan
1. Dapat memerhati perbuatan untuk mendapatkan data
2. Membantu untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci
3. Memberi kesan yang mendalam dan dapat menyelesaikan masalah

kelemahan
1. Susah untuk memerhati pergerakan yang sementara
2. Terdapat maklumat yang tidak dapat diketahui kerana ianya merupakan non-verbals(bukan secara lisan)
3.Kebiasaannya penyelidik akan mencatat melalui pemerhatiannya dan di sana akan berlakunya bias (beratsebelah).


3. Teknik questioners(soal selidik)
kebanyakan soal selidik digunakan untuk persepsi, sikap, motivasi, perasaan dan nilai-nilai afektif. soal selidik biasanya menggunakan soalan (terbuka) di mana, orang yang menjawabnya hanya memberi jawapan dengan menanda salah satu daripada jawapan tersebut.

kebaikan
1. Mudah dilaksanakan
2. Banyak tindakbalas
3. Tidak melibatkan pertemuan
4. Soalan standard

kelemahan
1. Mengambil masa untuk membuat soalan
2. Tiada penerangan
3. jawapan yang diperolehi bersifat superfisial

4.Interview(temubual) salah satu cara yang paling mudah dan telah lama digunakan. Penyelidik mendapat data secara bersemuka dengan responden. antara kebaikannya ialah penemubual dapat memberi penerangan tentang soalan yang ditanya, selain itu, dapat memberi peluang kepada orang yang ditemubual menjawab pertanyaan tersebut dengan lebih lanjut dan memberi kebebasan kepadanya untuk menjawab tentang sesuatu isu yang ditanya oleh penemubual.


kebaikan

1. Penyelidik bertemu orang yang ditemubual secara bersemuka

2.Jawapan yang menarik dapat diperolehi segera
3.Mendapat tindakbalas daripada orang yang ditemubual

kelemahan
1. Susah untuk mendapatkan point
2. Meningkatkan tahap bias secar personal
3. Kedua-duanya perlu bertenang dan saling percaya antar satu sama lain

-TEKNIK PENGANALISISAN DATA
Penyelidik perlu menganalisis data yang telah diperolehi, samada secara deskriptif, inferensi, jadual, kekerapan, graf, histogram, carta pie dan lain-lain.

Tujuannya adalah untuk memudahkan pembaca mendapatkan gambaran terus tentang sesuatu tanpa perlu membacanya. contohnya, carta pie menunjukkan 50 peratus daripada 30 orang pelajar telah bersetuju dengan sesuatu isu yang telah dikemukakan.

berikut adalah cara bagaimana data tersebut di analisis:
1.Data daripada observasi
Selepas penyelidik mencatat data daripada pemantauan, mereka perlu membuat analisis berdasarkan kriteria, teori atau kajian-kajian lepas. penyelidik perlu memastikan setiap catatan perlulah berkait dengan topik kajian.

cara-cara untuk menganalisis data:
1. Semua data telah diperolehi dan dicatatkan
2. Sekiranya data yang diperolehi berbentuk teks, analisis data tersebut dalam bentuk laporan agar pembaca mudah faham

3. Ringkaskan laporan secara tersusun

4. Penyelidik boleh menggunakan berbagai-bagai cara untuk menganalisis data yang telah diperolehi samada dalam bentuk graf, carta pie, jadual dan lain-lain dan pemilihan yang dibuat haruslah bersesuaian.

ETIKA KAJIAN TINDAKAN


Sebelum penyelidik merancang untuk bertindak, penyelidik perlu mengambil tahu tentang beberapa etika dalam kajian tindakan untuk mengelakkan kebimbangan sampel/participant samada di dalam sekolah/seluruh masyarakat. di antara etika-etika tersebut ialah:


1. Protokol tinjauan (observe protokol)
Penyelidik perlu memberitahu maklumat yang jelas berkenaan dengan protokol tinjauan kepada sampel yang terlibat dalam kajian tindakan tersebut.

contohnya: guru perlu mendapatkan keizinan daripada ibu bapa apabila melibatkan anak-anak mereka di dalam apa-apa aktiviti di dalam kajian tersebut.


2. Kesulitan
Penyelidik perlu menyatakan kesulitan yang akan dihadapi kepada semua peserta yang terlibat dalam kajian ini nanti. Daripada sini, penyelidik dapat mengetahui peserta yang sukarela menyertai kajian ini.


3. Kaji tentang kanak-kanak (pelajar)
Bilik darjah ialah tempat yang paling sesuai untuk melakukan kajian tindakan. Penyelidik perlu mengkaji tentang matapelajaran, umur palajar, pembahagian pelajar dalam kumpulan, matapelajaran yang mereka sukai dan sebagainya.


KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN


kebolehpercayaan merujuk kepada kestabilan dan ketekalan dalaman ujian atau alat ukur dalam

mengukur sesuatu konsep atau aspek. Sekiranya penyelidik yang lain melakukan penyelidikan yang sama, keputusan yang diperolehi adalah sama. Ataupun soalan yang sama di beri pada masa yang berbeza, jawapan yang diperolehi bagi soalan tersebut tetap sama.


Di dalam kelas, banyak alat pengukur yang boleh digunakan untuk mengukur tahap kebolehpercayaan. Namun begitu, penyelidik tidak boleh mendapatkan data ketika mereka sedang sibuk bermain. Oleh itu, setiap tindakan penyelidik boleh memberi kesan kepada kebolehpercayaan data yang di perolehi dan penyelidik perlu mengambil langkah-langkah yang sesuai.


kesahan ialah suatu yang sangat sukar dan kompleks. Kesahan merujuk sejauhmanakah sesuatu ujian atau alat ukur itu mengukur atau menguji perkara yang hendak diuji dan tidak lebih daripada itu.


Tinjauan secara berterusan kepada soalan-solan berikut akan meningkatkan kesahan:

1. Sejauhmanakah soalan tersebut benar-benar menggambarkan tentang data yang diperolehi
2. Apakah terdapat bukti-bukti yang menyokong kesahan soalan, perancangan dan keterangan yang menunjukkan bagaimana data tersebut diperolehi


PENILAIAN KESELURUHAN BUKU



Secara keseluruhannya, buku ini menerangkan tentang kajian tindakan yang dilakukan di dalam bilik darjah. Guru perlu menjalankan kajian tindakan di dalam kelas masing-masing atau di sekolah masing-masing untuk mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kelemahan-kelemahan dan masalah pelajar tersebut perlu ditangani oleh guru itu sendiri dan sepatutnya guru itu perlu mencari cara yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Hal ini kerana, guru-guru yang mengajar di dalam sesebuah kelas itu sendiri yang memahami kelemahan murid-muridnya. Oleh itu, guru tersebut perlu mencuba langkah-langkah yang difikirkan sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid di dalam kelasnya sendiri.



Buku ini sedikit sebanyak memberi gambaran tentang prosuder kajian tindakan didalam bilik darjah yang boleh dijadikan panduan oleh guru. Penulis buku ini telah menjelaskan tentang bagaimana cara untuk menjalankan kajian tindakan dan menjawab segala persoalan yang berkaitan dengan kajian tindakan.




SUMBER


1.Selva Ranee Subramaniam, Karisma Publications.Sdn.Bhd. Shah Alam, 2007, Action Research For Exemplary Science Teaching. 2.Karl H-Clauset, Dale W.Lick, Carlene U Murphy, Corwin Press A Sage Company, California, Schoolwide Action Research For Profesional Learning Comunities,

Wednesday, May 13, 2009

Nota: Kajian Kepustakaan/Tinjauan Literatur

Sorotan literatur/tinjauan ke atas bahan-bahan seperti buku, journal, artikel seminar dan laporan.

MEMBANDING DAN MEMBEZAKAN

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek @ peristiwa.

-Kemahiran ini digunakan apabila:
1. Terdapat 2 atau lebih ciri atau kemungkinan
2. Membuat pilihan atau keputusan

Langkah Penggunaan:

-Memberi tumpuan pada satu atau beberapa ciri kajian tindakan seperti (sampel, seting, prosedur, pengumpulan dan analisis data.)

-kenalpasti ciri kajian tindakan tersebut

-tentukan kajian tindakan yang lain mempunyai ciri yang sama atau tidak

-nyatakan persamaan atau perbezaan kajian tersebut

MENGANALISIS

Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi mendalami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

-kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dengan mengenali prinsip yang terlibat.

Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks kerana menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

MENILAI

Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti dan dalil yang sah.

-kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi:

1. memilih sesuatu

2. menerima atau menolak suatu idea.

MEMBUAT KESIMPULAN

Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hepotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

MENSINTESIS

Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.





Tuesday, May 12, 2009

Nota:Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan (Dr. Izham Hamzah)

KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

-Bidang Pendidikan telah, sedang & akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan.

-Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan.

-Menurut Oliver (1996) dalam buku The Management of Educational Change: A Case Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.

-Perubahan yang berlaku kadang kala mewujudkan ketidakpastian.
-Dalam pendidikan ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda
-Pendidikan sentisa dinamik, tidak statik.

JENIS-JENIS PERUBAHAN

Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan

1.Perubahan Kearah Peningkatan

  • Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti:
  • Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi.
  • Memperkenalkan teknologi baru.
  • Mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan

2. Perubahan Strategik Organisasi

  • Melibatkan keseluruhan organisasi seperti:
  • Mendefinisikan semula peranan organisasi.
  • Perubahan nilai teras organisasi.
  • Pembentukan semula misi. -Perubahan struktur & strategi organisasi.
  • Mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab
    & sistem ganjaran. komitmen & produktiviti staf.

3. Perubahan Reaktif (ada tindakbalas)

  • Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan &
    pihak berkepentingan (stakeholders) .
    Kepekaan pelanggan & stakeholders terhadap isu-isu persekitaran dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan.
  • Perubahan dari segi prosedur & cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan.
  • contoh: isu PPSMI= adalah disebabkan oleh pasaran kerja.

4. Perubahan Akibat Daripada Jangkauan

  • Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi
    kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu
    diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan.
  • Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah:
    - Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul.
    - Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas
    kehendak pelanggan.
    - Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.
    - Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan.
    - Perubahan dalam trend tenaga kerja.

PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS

  • Perubahan dikaitkan dengan Proses Evolusi dan Revolusi
  • Evolusi-Perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.
  • Menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.
  • Revolusi- Perubahan yang pantas. Perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan.
  • Kompleksiti atau kerumitan perubahan merupakan fokus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplimentasi perubahan.

PERUBAHAN ITU MULTIDIMENSI

  • Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan.
  • Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenal pasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan.
  • Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami

- Perubahan dirancang untuk capai tujuan-tujuan tertentu.

- Antara tujuan perubahan adalah untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau sistem .

- Perubahan dalam suatu sistem sedia ada melibatkan 2 jenis pindaan :
1.Perubahan yang dibuat untuk kembali kepada keadaan asal yang diinginkan.

2. Perubahan yang dibuat untuk mempertingkatkan pencapaian atau keadaan sistem itu tanpa mengubahnya.

Perubahan Peringkat Pertama (First-Order Change)

-Melibatkan pindaan yang drastik dalam aspek sesuatu sistem seperti matlamat, kedudukan dan corak perhubungan sistem tersebut (Barrot & Raybould 1998).
Perubahan Peringkat Kedua (First-Order Change)

2. Unit Perubahan

  • Unit-unit perubahan terdiri daripada :
    i. Individu.
    ii. Kumpulan / Pasukan.
    iii. Jabatan.
    iv. Organisasi.
    v. Sistem Organisasi.
    vi. Komuniti

3. Skop Perubahan

  • Daft (1983) berpendapat untuk menghasilkan perubahan pada unit yang lebih besar (peringkat organisasi), perubahan pada peringkat yang lebih kecil (peringkat individu).
  • Mengubah individu- perlu mengubah sikap dan tingkahlaku atau kedua-duanya sekali.

4. Magnitud Perubahan

  • Merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplementasikan
  • Istilah seperti perubahan yang komprehensif, sistematik dan dalam skala yang besar sering dikaitkan dengan usaha-usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak besar.

5. Skop Perubahan

  • Skop terhadap sejauhmana penambahbaikan atau inovas dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.

6. Jangkamasa Perubahan

  • Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang memberi kesan berkekalan merupakan perubahan yang berjaya diimplementasikan berbanding
    perubahan yang memberi kesan sementara.

MODEL-MDEL PERUBAHAN


1. MODEL PENGGABUNGAN ROGER

2. MODEL KANTER

3. MODEL RAND

4. MODEL ACOT

Aktiviti Kumpulan: Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan & bincangkan cara penyelasaiannya.

Ahli kumpulan: Siti Zubaidah (ketua), Siti Halimah(pencatat), suryatee(pembentang)

mengapa orang mennetang perubahan ialah:

i. berbeza pendapat dan sukar menerima pendapat orang lain

ii. tiada toleransi dan persefahaman

iii. malas berfikir

iv. tidak sukakan perubahan/ lebih suka statik tak berubah atau selesa begitu

v. berfikiran sempit

vi. tidak sukakan cabaran dan risiko

vii. perubahan itu tidak releven dan tidak bersesuaian dengan persekitaran

cara penyelesaian:

i.belajar menerima pendapat orang lain dan fikirkan setiap perubahan yang dikemukan sebelum menentang

ii. wujudkan kerjasama dan tingkatkan pengetahuan dengan cara mencari maklumat dengan lebih mendalam

iii. mendidik jiwa supaya berfikir dan sentiasa berpandangan positif

iv. belajar menerima perubahan, kerana setiap perubahan ada baik dan buruknya.

v. sentiasa berfikir luar dari kotak supaya pemikiran tidak terkongkong.

vi. berani hadapi cabaran dan wujudkan persaingan yang hebat.

vii. mengkaji perubahan terlebih dahulu dan selepas perubahan tersebut dilakukan supaya ianya releven dan sesuai dengan persekitaran


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Flowers and Decors. Powered by Blogger