Wednesday, June 24, 2009

Nota: Prosuder Kajian Tindakan (Hjh Halimah Harun)

  • Sambungan pembentangan proposal kajian (kumpulan):
1. Meningkatkan pembacaan Al-quran melalui kaedah tutur sebaya
2. Meningkatkan penghafalan dan penguasaan bahasa arab menggunakan teknik berlagu di kalangan pelajar tahun 2.
3. Meningkatkan pembelajaran sains melalui permainan eksplogio (eksplorasi)
4. Meningkatkan tahap penglibatan pelajar perempuan dalam badan beruniform (kadet polis).
5. Mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran melayu klasik melalui kaedah team pair share (tps).
6. Meningkatkan bahasa inggeris dengan menggunakan kaedah simulasi watak (role play).

  • Isi kandungan proposal kajian tindakan:

Bab 1: rasional/tujuan/objektif/persoalan kajian.
Bab 2: literature
Bab 3: prosuder kajian (terperinci)
- rancangan pengajaran harian
- contoh ABM
- langkah-langkah ujian yang dijalankan
Bab 4: Pengumpulan data

Apakah perbezaan di antara rasional dan tujuan kajian?
Rasional kajian menjawab persoalan sebab apa kajian dibuat? contohnya, kajian ini dibuat kerana pelajar tidak minat untuk belajar bahasa inggeris.

Tujuan pula menerangkan untuk apa kajian dibuat. contohnya, oleh kerana pelajar kurang berminat belajar bahasa inggeris, kami bercadang untuk membuat kajian bagaiman untuk meningkatkan minat para pelajar dengan menggunakan kaedah role play.

Bagaimana data dikumpul?
1. survey
2. temubual
3. pemerhatian (wajib)
4. student journal writing
5. gambar/karangan
6. soal selidik (n above 3)
7. senarai semak

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Flowers and Decors. Powered by Blogger