Sunday, April 26, 2009

Nota: Pengertian Kajian Tindakan

Merupakan suatu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri (pengamal / guru / pendidik) sebagai penyelidik melalui tindakan praktik (intervensi) yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Ianya melibatkan proses merancang, melaksana, memerhati danmereflek.

Merupakan ilmu yang mengkaji tentang refleksi tindakan atau perlakuan yang dilakukan oleh individu (guru) sebagai penyelidik melalui tindakan praktikal yang bertujuan untuk mengubah dan menambahbaik perlakuan tersebut.

Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.

Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga
sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masingmasing. Kesimpulannya, Kajian Tindakan adalah “ belajar daripada apa yang dibuat. (learning by doing)
  • Tujuan Kajian Tindakan

Tujuan Kajian Tindakan adalah untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan
dalam bidang tugasnya. Di antara tujuan Kajian Tindakan ialah:
i. Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.
ii. Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu. Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjahnya.

-Seseorang yang melakukan kajian/penyelidikan adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut situasi kejadian sesuatu fenomena.

-Pada peringkat awal, penyelidik perlu mengenalpasti masalah tentang sesuatu perkara yang ingin dikaji dan seterusnya merancang serta melaksanakan. Proses ini melibatkan beberapa kitaran dan penyelidik perlu membuat laporan secara berterusan bermula daripada peringkat pertama lagi.

-Penyelidik juga perlu mengkaji dan mengenalpasti method (reka bentuk) kajian tindakan yang sesuai untuk digunakan dalam kajian tersebut.

Contoh:
1. kajian tindakan tentang diri sendiri iaitu dengan membuat refleksi tentang kelemahan diri dan bagaimanakah cara untuk menambahbaik/memperbaiki kelemahan tersebut.

2. Guru mengkaji tentang mengapa pelajar tidak seronok belajar sirah nabawiyah? melalui pemerhatian, ia mungkin disebabkan oleh pengajaran guru. Guru perlu menggunakan kaedah yang sesuai iaitu contohnya dengan menggunakan kaedah forum akan dapat menambahkan keseronokan pelajar untuk belajar sirah. Kaedah tersebut lebih sesuai jika dibandingkan dengan kaedah bercerita.














0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Flowers and Decors. Powered by Blogger