Monday, April 27, 2009

Aktiviti 1: Refleksi ke atas masalah dalam diri

1) Masalah yang dihadapi:

  • Saya kurang keyakinan diri untuk melakukan sesuatu.
  • Takut untuk melakukan sesuatu yang baru
  • Berfikiran negatif tentang sesuatu perkara
  • Kurang berkomunikasi

2) Penambahbaikan/strategi perancangan

  • Saya perlu wujudkan sifat "yakin boleh" dalam diri.
  • Perlu berani menceburi apa sahaja aktiviti yang baru.
  • Perlu mendapat pendedahan awal dan pencarian maklumat tentang sesuatu perkara
  • Membuat persediaan awal dan perancangan yang sistematik
  • Mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan berterusan
  • Mempunyai ketahanan fizikal, emosi dan mental yang kuat dan mantap.

3) Matlamat:

-Ingin menJadi guru yang cemerlang didunia dan diakhirat serta bersedia menghadapi apa jua rintangan dan dugaan dalam arena pendidikan.

4) Objektif:

-Membaiki setiap kelemahan diri secara berterusan

-Menimba dan mencari seberapa banyak mungkin ilmu pengetahuan untuk diri sendiri dan dimanfaatkan bersama orang lain.

5) Tempoh masa:

Jangka masa pendek: sebelum prakticum

Jangka masa panjang: sepanjang hayat

6) Pelan tindakan:

a. Langkah yang perlu saya ambil dan lakukan:

  • Cuba untuk mengawal diri dan bertenang sebelum dan semasa melakukan sesuatu aktiviti.
  • Perlu berani bertanya soalan dan melontarkan sebarang idea dengan penuh keyakinan.
  • Membuat persediaan awal dan melakukan pencarian maklumat tentang sesuatu yang aktiviti yang ingin dilakukan
  • Menganggap sesuatu yang susah itu sebagai mudah untuk dilakukan
  • Fikirkan satu matlamat yang jelas dan cuba untuk capai matlamat tersebut
  • Mencari kawan-kawan dan bercerita apa sahaja yang bermanfaaat untuk dikongsi bersama
  • Mengetahui comunication skill yang berkesan
  • Lontarkan suara dengan kuat dan menyakinkan
  • Memberi maklumat yang jelas, ringkas, tepat dan padat
  • Perlu sentiasa berfikiran positif tentang sesuatu perkara dan tidak mudah terpengaruh dengan pandangan negatif orang lain

b. Bagaimana saya ingin mengumpul data:

  • Melalui pembacaan dengan membaca buku, majalah dan mencari maklmumat dari internet
  • Meminta pendapat dan pandangan orang lain (rakan sebaya, orang yang paling rapat)
  • Mendengar pengalaman dari orang lain
  • Mencari buku2 khusus tentang bagaimana untuk tingkatkan motivasi diri sebagai rujukan asasi

c. Bagaimana saya ingin memantau apa yang saya rancangkan akan dilaksanakan:

  • Bertanya kepada sahabat yang rapat
  • Sentiasa membuat refleksi sebelum, semasa dan selepas merancang

d. Bagaimana saya ingin menilai setiap perancangan dan perlaksanaan tercapai:

  • Mangkaji setiap kelemahan dan kekuatan sesuatu parancangan
  • Berfikir untuk penambahbaikan
  • Menilai setiap tindakan
  • Mencontohi dan melihat pengalaman orang lain dalam membuat tindakan yang terbaik


Aktiviti 2: Refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk. (kumpulan)

Cadangkan satu strategi/kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.

- Nama ahli kumpulan : Siti Zubaidah (Ketua), - Siti Halimah (Pencatat), - Suryatee (Pembentang).
- Mata pelajaran : Pendidikan Islam
- Tajuk : Keagungan dan Kekuasaan Allah s.w.t.
- Tingkatan : Satu

i) Kelemahan p&p :
- Guru hanya menggunakan kaedah kuliyah, bercerita, perbincangan, soal jawab diantara pelajar dan guru dan pembelajaran adalah berpusatkan guru.
- Pengajaran hanya berpandukan buku teks semata-mata. tiada rujukan tambahan yang lain.
- Tidak menggunakan bahan bantu mengajar yang lain seperti kertas mahjung, kertas manila kad, multimedia dan sebagainya. bahkan kadangkala guru langsung tidak menggunakan papan hitam untuk menulis atau melukis gambar rajah.
- Kebiasannya guru tidak kreatif dan menganggap murid faham dengan apa yang disampaikannya itu.
- Pelajar pula mengalami kesukaran untuk memahami situasi sebenar apakah kekuasaan Allah kerana hanya dapat menggambarkan tetapi tidak dapat melihat dan merasa sendiri setiap ciptaan Allah itu.
- Pelajar hanya mengetahui tentang teori berkenaan tajuk ini dan berkemungkinan akan berlaku salah tafsir terhadap maksud guru tersebut.


ii) Penambahbaikan :
Guru perlu memperbaiki dan mengubah kaedah P&P.
- Mengaplikasikan penggunaan bahan bantu mengajar bergantung kepada keadaan kelas seperti video, power point, kertas mahjung, flash kad dan sebagainya.
- Menghidupkan suasana kelas dengan mengubah teknik P&P dimana pembelajaran berpusatkan pelajar seperti meminta pelajar membuat tugasan berrkaitan tajuk ini dan membentangkannya di dalam kelas, meminta pelajar membawa satu contoh ciptaan Allah seperti daun, kayu, air dan sebagainya.
- Guru perlu memantau pemahaman pelajar dengan cara bersoal jawab, kerja berkumpulan mengeluarkan pendapat dan sebagainya.
- Guru sentiasa muhasabah diri, menilai dan mencari kelemahan pada diri serta membaiki kelemahan tersebut.


iii) Strategi Perlaksanaan / Kaedah Pengajaran
- Guru membawa pelajar keluar kelas untuk menyentuh, melihat dan mencari objek-objek maujud ciptaan Allah seperti : daun, rumput, kucing dan sebagainya.
- Menggalakkan pelajar berfikir secara KBKK, merenung setiap ciptaan Allah dan memberikan pendapat.
- Mengadakan lawatan atau aktiviti luar bersama pelajar seperti di zoo, taman rekreasi, pantai, hutan dan sebagainya.
- Menggalakkan pelajar tampil ke hadapan kelas untuk menyampaikan tugasan berkaitan tajuk ini mengikut kreativiti mereka masing-masing.
- Mengaitkan tajuk yang sedang dipelajari dengan bidang ilmu yang lain.

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Flowers and Decors. Powered by Blogger