Tuesday, May 12, 2009

Nota:Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan (Dr. Izham Hamzah)

KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

-Bidang Pendidikan telah, sedang & akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan.

-Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan.

-Menurut Oliver (1996) dalam buku The Management of Educational Change: A Case Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.

-Perubahan yang berlaku kadang kala mewujudkan ketidakpastian.
-Dalam pendidikan ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda
-Pendidikan sentisa dinamik, tidak statik.

JENIS-JENIS PERUBAHAN

Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan

1.Perubahan Kearah Peningkatan

  • Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti:
  • Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi.
  • Memperkenalkan teknologi baru.
  • Mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan

2. Perubahan Strategik Organisasi

  • Melibatkan keseluruhan organisasi seperti:
  • Mendefinisikan semula peranan organisasi.
  • Perubahan nilai teras organisasi.
  • Pembentukan semula misi. -Perubahan struktur & strategi organisasi.
  • Mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab
    & sistem ganjaran. komitmen & produktiviti staf.

3. Perubahan Reaktif (ada tindakbalas)

  • Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan &
    pihak berkepentingan (stakeholders) .
    Kepekaan pelanggan & stakeholders terhadap isu-isu persekitaran dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan.
  • Perubahan dari segi prosedur & cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan.
  • contoh: isu PPSMI= adalah disebabkan oleh pasaran kerja.

4. Perubahan Akibat Daripada Jangkauan

  • Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi
    kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu
    diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan.
  • Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah:
    - Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul.
    - Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas
    kehendak pelanggan.
    - Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.
    - Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan.
    - Perubahan dalam trend tenaga kerja.

PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS

  • Perubahan dikaitkan dengan Proses Evolusi dan Revolusi
  • Evolusi-Perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.
  • Menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.
  • Revolusi- Perubahan yang pantas. Perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan.
  • Kompleksiti atau kerumitan perubahan merupakan fokus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplimentasi perubahan.

PERUBAHAN ITU MULTIDIMENSI

  • Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan.
  • Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenal pasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan.
  • Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami

- Perubahan dirancang untuk capai tujuan-tujuan tertentu.

- Antara tujuan perubahan adalah untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau sistem .

- Perubahan dalam suatu sistem sedia ada melibatkan 2 jenis pindaan :
1.Perubahan yang dibuat untuk kembali kepada keadaan asal yang diinginkan.

2. Perubahan yang dibuat untuk mempertingkatkan pencapaian atau keadaan sistem itu tanpa mengubahnya.

Perubahan Peringkat Pertama (First-Order Change)

-Melibatkan pindaan yang drastik dalam aspek sesuatu sistem seperti matlamat, kedudukan dan corak perhubungan sistem tersebut (Barrot & Raybould 1998).
Perubahan Peringkat Kedua (First-Order Change)

2. Unit Perubahan

  • Unit-unit perubahan terdiri daripada :
    i. Individu.
    ii. Kumpulan / Pasukan.
    iii. Jabatan.
    iv. Organisasi.
    v. Sistem Organisasi.
    vi. Komuniti

3. Skop Perubahan

  • Daft (1983) berpendapat untuk menghasilkan perubahan pada unit yang lebih besar (peringkat organisasi), perubahan pada peringkat yang lebih kecil (peringkat individu).
  • Mengubah individu- perlu mengubah sikap dan tingkahlaku atau kedua-duanya sekali.

4. Magnitud Perubahan

  • Merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplementasikan
  • Istilah seperti perubahan yang komprehensif, sistematik dan dalam skala yang besar sering dikaitkan dengan usaha-usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak besar.

5. Skop Perubahan

  • Skop terhadap sejauhmana penambahbaikan atau inovas dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.

6. Jangkamasa Perubahan

  • Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang memberi kesan berkekalan merupakan perubahan yang berjaya diimplementasikan berbanding
    perubahan yang memberi kesan sementara.

MODEL-MDEL PERUBAHAN


1. MODEL PENGGABUNGAN ROGER

2. MODEL KANTER

3. MODEL RAND

4. MODEL ACOT

Aktiviti Kumpulan: Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan & bincangkan cara penyelasaiannya.

Ahli kumpulan: Siti Zubaidah (ketua), Siti Halimah(pencatat), suryatee(pembentang)

mengapa orang mennetang perubahan ialah:

i. berbeza pendapat dan sukar menerima pendapat orang lain

ii. tiada toleransi dan persefahaman

iii. malas berfikir

iv. tidak sukakan perubahan/ lebih suka statik tak berubah atau selesa begitu

v. berfikiran sempit

vi. tidak sukakan cabaran dan risiko

vii. perubahan itu tidak releven dan tidak bersesuaian dengan persekitaran

cara penyelesaian:

i.belajar menerima pendapat orang lain dan fikirkan setiap perubahan yang dikemukan sebelum menentang

ii. wujudkan kerjasama dan tingkatkan pengetahuan dengan cara mencari maklumat dengan lebih mendalam

iii. mendidik jiwa supaya berfikir dan sentiasa berpandangan positif

iv. belajar menerima perubahan, kerana setiap perubahan ada baik dan buruknya.

v. sentiasa berfikir luar dari kotak supaya pemikiran tidak terkongkong.

vi. berani hadapi cabaran dan wujudkan persaingan yang hebat.

vii. mengkaji perubahan terlebih dahulu dan selepas perubahan tersebut dilakukan supaya ianya releven dan sesuai dengan persekitaran

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Flowers and Decors. Powered by Blogger