Wednesday, May 13, 2009

Nota: Kajian Kepustakaan/Tinjauan Literatur

Sorotan literatur/tinjauan ke atas bahan-bahan seperti buku, journal, artikel seminar dan laporan.

MEMBANDING DAN MEMBEZAKAN

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek @ peristiwa.

-Kemahiran ini digunakan apabila:
1. Terdapat 2 atau lebih ciri atau kemungkinan
2. Membuat pilihan atau keputusan

Langkah Penggunaan:

-Memberi tumpuan pada satu atau beberapa ciri kajian tindakan seperti (sampel, seting, prosedur, pengumpulan dan analisis data.)

-kenalpasti ciri kajian tindakan tersebut

-tentukan kajian tindakan yang lain mempunyai ciri yang sama atau tidak

-nyatakan persamaan atau perbezaan kajian tersebut

MENGANALISIS

Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi mendalami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

-kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dengan mengenali prinsip yang terlibat.

Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks kerana menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

MENILAI

Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti dan dalil yang sah.

-kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi:

1. memilih sesuatu

2. menerima atau menolak suatu idea.

MEMBUAT KESIMPULAN

Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hepotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

MENSINTESIS

Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.





0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Flowers and Decors. Powered by Blogger