Pengarang: Christine Macintyre
Tahun Terbitan: 2000
Penerbit: David Fulton Publishers
Negeri Penerbit: London
4.Where?
Dimana kajian akan dijalankan?di kelas?dikawasan yang tenang?didewan atau diluar kawasan sekolah? (guru perlu mengetahui pergerakan pelajar atau penglibatan pelajar dengan organisasi lain).
5.With whom
Adakah kanak-kanak terlibat dalam kajian tersebut? bagaimana cara pemilihan terhadap mereka dibuat? adakah mereka menyertai kajian ini secara sukarela? berapa ramai orang yang terlibat dalam kajian itu?
KONSEP KAJIAN TINDAKAN
kajian tindakan merupakan satu penyiasatan. Penyelidik perlu mengenalpasti masalah kajian tersebut, mendapatkan maklumat yang terkini, menyatakan siapakah yang terlibat (kumpulan sasaran), merancang kajian dan seterusnya membuat kesimpulan/rumusan hasil daripada dapatan kajian tersebut, kemudian merancang penambahbaikan pada masa akan datang.
mengapa guru perlu membuat kajian tindakan?
1. Untuk membantu guru dan pelajar membuat perubahan di dalam bilik darjah secara praktikal, iaitu dengan merancang, melaksanakan dan menilai berdasarkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam kajian tindakan.
2. Melalui kajian tindakan juga, guru dapat mengumpulkan berbagai-bagai strategi sesama mereka dan memilih strategi yang terbaik dan bersesuaian untuk pelajar mereka.
3. Guru terlibat sepenuhnya dalam merancang dan membuat perubahan khusus untuk pelajar mereka dan bukan hanya sekadar mengajar sahaja.
4. membantu guru untuk membuat penambahbaikan dan penilaian terhadap p&p mereka.
Daripada model tersebut, penyelidik membuat refleksi dan analisis maklumat tentang topik kajian, kajian kepustakaan, senaraikan topik kajian, membuat tentatif kajian tindakan, memproses perancangan (memilih kata kunci tentang kajian, menyenaraikan soalan kajian/hipotesis/merancang tindakan seterusnya), kemudian penyelidik melakukan tindakan, membuat penilaian tentang strategi dan soalan kajian/hepotesis serta penambahbaikan dan akhirnya penyelidik membuat rumusan, pernyataan, penerangan dan penambahbaikan pada masa akan datang.
-SAMPEL/PARTICIPANT
-TEKNIK PENGUMPULAN DATA
1.Audio dan videotape rakaman
membantu penyelidik untuk merakam situasi yang sebenar iaitu dari segi interaksi, perbualan, atau apa sahaja aspek yang berlaku dalam bilik darjah dan boleh menganalisis data tersebut.
kebaikan
1. Memberi gambaran yang tepat dan boleh digunakan selalu
2. Memberi maklumat yang terperinci berbanding rakaman lain
3. Maklumat tersebut boleh ditranskrip di rumah
kelemahan
1. Merakam suasana yang bising
2. Mengambil masa untuk ditranskrip
3. Video memerlukan seseorang melakukan filem
2.Teknik observation (pemerhatian)
Bertujuan untuk dapat menerangkan perlakuan dan kemahiran dalam sesuatu situasi secara praktikal. guru dapat melihat secara langsung perbuatan yang sedang dilakukan pelajar.
kebaikan
1. Dapat memerhati perbuatan untuk mendapatkan data
2. Membantu untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci
3. Memberi kesan yang mendalam dan dapat menyelesaikan masalah
kelemahan
1. Susah untuk memerhati pergerakan yang sementara
2. Terdapat maklumat yang tidak dapat diketahui kerana ianya merupakan non-verbals(bukan secara lisan)
3.Kebiasaannya penyelidik akan mencatat melalui pemerhatiannya dan di sana akan berlakunya bias (beratsebelah).
3. Teknik questioners(soal selidik)
kebanyakan soal selidik digunakan untuk persepsi, sikap, motivasi, perasaan dan nilai-nilai afektif. soal selidik biasanya menggunakan soalan (terbuka) di mana, orang yang menjawabnya hanya memberi jawapan dengan menanda salah satu daripada jawapan tersebut.
kebaikan
1. Mudah dilaksanakan
2. Banyak tindakbalas
3. Tidak melibatkan pertemuan
4. Soalan standard
kelemahan
1. Mengambil masa untuk membuat soalan
2. Tiada penerangan
3. jawapan yang diperolehi bersifat superfisial
4.Interview(temubual) salah satu cara yang paling mudah dan telah lama digunakan. Penyelidik mendapat data secara bersemuka dengan responden. antara kebaikannya ialah penemubual dapat memberi penerangan tentang soalan yang ditanya, selain itu, dapat memberi peluang kepada orang yang ditemubual menjawab pertanyaan tersebut dengan lebih lanjut dan memberi kebebasan kepadanya untuk menjawab tentang sesuatu isu yang ditanya oleh penemubual.
kebaikan
1. Penyelidik bertemu orang yang ditemubual secara bersemuka
2.Jawapan yang menarik dapat diperolehi segera
3.Mendapat tindakbalas daripada orang yang ditemubual
1. Susah untuk mendapatkan point
2. Meningkatkan tahap bias secar personal
3. Kedua-duanya perlu bertenang dan saling percaya antar satu sama lain
Tujuannya adalah untuk memudahkan pembaca mendapatkan gambaran terus tentang sesuatu tanpa perlu membacanya. contohnya, carta pie menunjukkan 50 peratus daripada 30 orang pelajar telah bersetuju dengan sesuatu isu yang telah dikemukakan.
berikut adalah cara bagaimana data tersebut di analisis:
1.Data daripada observasi
Selepas penyelidik mencatat data daripada pemantauan, mereka perlu membuat analisis berdasarkan kriteria, teori atau kajian-kajian lepas. penyelidik perlu memastikan setiap catatan perlulah berkait dengan topik kajian.
cara-cara untuk menganalisis data:
1. Semua data telah diperolehi dan dicatatkan
2. Sekiranya data yang diperolehi berbentuk teks, analisis data tersebut dalam bentuk laporan agar pembaca mudah faham
3. Ringkaskan laporan secara tersusun
4. Penyelidik boleh menggunakan berbagai-bagai cara untuk menganalisis data yang telah diperolehi samada dalam bentuk graf, carta pie, jadual dan lain-lain dan pemilihan yang dibuat haruslah bersesuaian.
ETIKA KAJIAN TINDAKAN
Sebelum penyelidik merancang untuk bertindak, penyelidik perlu mengambil tahu tentang beberapa etika dalam kajian tindakan untuk mengelakkan kebimbangan sampel/participant samada di dalam sekolah/seluruh masyarakat. di antara etika-etika tersebut ialah:
Penyelidik perlu memberitahu maklumat yang jelas berkenaan dengan protokol tinjauan kepada sampel yang terlibat dalam kajian tindakan tersebut.
2. Kesulitan
Penyelidik perlu menyatakan kesulitan yang akan dihadapi kepada semua peserta yang terlibat dalam kajian ini nanti. Daripada sini, penyelidik dapat mengetahui peserta yang sukarela menyertai kajian ini.
3. Kaji tentang kanak-kanak (pelajar)
Bilik darjah ialah tempat yang paling sesuai untuk melakukan kajian tindakan. Penyelidik perlu mengkaji tentang matapelajaran, umur palajar, pembahagian pelajar dalam kumpulan, matapelajaran yang mereka sukai dan sebagainya.
KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN
kebolehpercayaan merujuk kepada kestabilan dan ketekalan dalaman ujian atau alat ukur dalam
Di dalam kelas, banyak alat pengukur yang boleh digunakan untuk mengukur tahap kebolehpercayaan. Namun begitu, penyelidik tidak boleh mendapatkan data ketika mereka sedang sibuk bermain. Oleh itu, setiap tindakan penyelidik boleh memberi kesan kepada kebolehpercayaan data yang di perolehi dan penyelidik perlu mengambil langkah-langkah yang sesuai.
kesahan ialah suatu yang sangat sukar dan kompleks. Kesahan merujuk sejauhmanakah sesuatu ujian atau alat ukur itu mengukur atau menguji perkara yang hendak diuji dan tidak lebih daripada itu.
Tinjauan secara berterusan kepada soalan-solan berikut akan meningkatkan kesahan:
1. Sejauhmanakah soalan tersebut benar-benar menggambarkan tentang data yang diperolehi
2. Apakah terdapat bukti-bukti yang menyokong kesahan soalan, perancangan dan keterangan yang menunjukkan bagaimana data tersebut diperolehi
PENILAIAN KESELURUHAN BUKU
0 comments:
Post a Comment